Rabu, 26 November 2008
Jumaat, 14 November 2008
TQ For Supporting Fahmifoto
1st 1st aku nak ucapkan tq kat deme deme yang menyokong fahmifoto dalam keadaan ups & down. Sorila kalu aku tak sempat nak buh gambo semua orang, Insyallah aku akan cuba bubuh gak. Tapi pada 2 orang ni yang aku dah janji nak buh gambo deme dalam blog aku ... aku siarkan jua gambor nya. Ok yang memula tu gambor Encik Big (nama betui - ingat ingat lupa) yang diri sebelah atas tu. Pastu 2nd Kawan sekolah aku dulu Shamsul Hezri (baju kaler samor - famili potret) aku panggei dia mat je (dia pun panggei aku mat gak - apara!) Anyway bukan la aku tak nak siarkan gambo orang lain cuma step by step k. Deme ni yang support aku dari segi Idea. Kot takde idea mau gak aku dok tangkap gambo takuk masa aku pakai FM2 dulu. Tu je le yang buleh ku citerkan buat masa ni. Tunggula di post lain untuk tengok sapa lagi yang aku letak dalam blog ni
Khuhan Naidhu Birthday Party
Berikut Disiarkan beberapa gambar yang diambil sempena majlis harijadi Khuhan Naidu. Fotografer bertugas pada hari tersebut ialah saudara Faizal dan adik nya Shahril. Aku rasa majlis ni meriah la kot dengan kek bentuk mickey mouse dan efek efek POP mesti la meriah kot. Anyway to Khuhan Naidu happy birthday
Sabtu, 8 November 2008
Majlis Rumah Terbuka Encik Thalaha & Dr Sabariah
Pada beberapa hari sebelum Bulan Syawal hendak berakhir aku pun dijemput hadir ke rumah terbuka Encik Thalaha & wife Dr sabariah. Pada hari tersebut bukan sahaja ada majlis jamuan rumah terbuka tapi turut ada majlis harijadi untuk kedua anak mereka. Actually aku datang bukanla as official fotografer untuk majlis tersebut tetapi lebih kepada rakan sepejabat. Tetapi atas permintaan tuan rumah aku pun jadik juga le fotografer untuk majlis tersebut. Gambar gambar di atas ada lah beberapa gambar yang sempat dimuatkan kedalam blog ni.
Jumaat, 7 November 2008
Contoh Album Fahmifoto
Memandangkan ada beberapa pertanyaan mengenai bagaimanakah rupabentuk album yang dihasilkan oleh fahmifoto , disini disiarkan contoh sebuah album yang sempat ku tangkap sebelum ku berikan pada tuannya iaitu Encik Sham. Encik Sham juga telah berbesar hati untuk membenarkan aku mendisplaykan beberapa kerat gambo daripada album nya. Tq Sham!
Isnin, 27 Oktober 2008
Azura & Fetri
Rabu, 15 Oktober 2008
Lan Said Aku dan Faizal - Silveritage
Gambor aku & Lan Said (http://lanzvideo.fotopages.com) tengah tangkap gambor pasangan bahagia yang melangsungkan majlis mereka di Silveritage pada hari Ahad 12.10.2008.
Aku nyaris la tak kena sound ngan lan sebab Datang lambat, sib baik la majlis nikah pada pagi tu pukul 9 walau dijadualkan pada pukul 8 kot idak naya aku!
Anyway majlis berjalan lancar Aku gumbira dapat berganding ngan Lan Said & Faizal yang tag along sebab dia nak experience camna la wat majlis dalam dewan.
Dan lepas daripada projek tu aku ngan Faizal bergegas ke Jusco nak berbincang ngan sorang prospek kustomer yang bakal melangsungkan majlisnya pada bulan mac 09 sepupu kepada pengantin Engku Haniza (entry - Khairul Azhar & Engku Haniza) hopefully semuanya berjalan lancar. Insyallah
Langgan:
Catatan (Atom)