Isnin, 27 Oktober 2008

Azura & Fetri










Aku pun tak tau nak komen pe untuk post kali ni, yang boleh aku katakan cuma perjalanan aku kali ni memang mencabar la ngan kereta aku yang tak berapa nak ok tu (tapi sampai-syukur) aku terpaksa bawa slow ya amat. Tapi bila sampai ok la sebab pengantin pun memberikan kerjasama yang baik kat aku tanpa banyak berlengah lengah. Kepada Azura & Fetri semoga berbahagia kat korang berdua.

Rabu, 15 Oktober 2008

Lan Said Aku dan Faizal - Silveritage


Gambor aku & Lan Said (http://lanzvideo.fotopages.com) tengah tangkap gambor pasangan bahagia yang melangsungkan majlis mereka di Silveritage pada hari Ahad 12.10.2008.

Aku nyaris la tak kena sound ngan lan sebab Datang lambat, sib baik la majlis nikah pada pagi tu pukul 9 walau dijadualkan pada pukul 8 kot idak naya aku!

Anyway majlis berjalan lancar Aku gumbira dapat berganding ngan Lan Said & Faizal yang tag along sebab dia nak experience camna la wat majlis dalam dewan.

Dan lepas daripada projek tu aku ngan Faizal bergegas ke Jusco nak berbincang ngan sorang prospek kustomer yang bakal melangsungkan majlisnya pada bulan mac 09 sepupu kepada pengantin Engku Haniza (entry - Khairul Azhar & Engku Haniza) hopefully semuanya berjalan lancar. Insyallah

Selasa, 14 Oktober 2008

Nombor Handphone

Dah banyak kali aku post kat blog aku ni baru sedar aku lupa nak bubuh no. Hp aku kot kot ada orang nak hubungi aku. Nombor nya ialah 019 4601519 (sila hubungi dalam 1-2 tengah hari atau selepas waktu pejabat!) Atau boleh hubungi 017-5070928 (faizal - fotografer bertugas) untuk sebarang pertanyaan mengenai pakej atau perkhidmatan yang disediakan

Isnin, 13 Oktober 2008

Khairul Azhar & Engku Haniza


Majlis Perkahwinan yang berlangsung ngan meriah ni (menurut kata Faizal - jurufoto aku) berlangsung di Bota, Perak. Menurut pengamatan gambar yang di beri pada aku , rasanya memang meriah la majlis ni sebab nya merata tempat deme pose - belakang pokok la tepi rumah la dengan famili la dan macam macam tempat lagi. Fotografer aku Faizal pun aku tengok tak balik g masa aku melintasi rumah pengantin - mood dah sampai katanya!